Selamat berkunjung

Selamat datang ke halaman blog Cikgu Yati

About

Teknik menulis Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C


Bahagian C  -   Membuat Ulasan (20 markah)

Kaedah Membuat Ulasan

    1.Membaca soalan dan memahami soalan
    2.Mengenal pasti kata kunci soalan sama ada:
                 Nilai,nilai murni,amalan baik,,pengajaran atau faedah.
    3.Membaca ayat demi ayat  untuk mencari isi yang berkaitan dan Garis Isi Yang ditemui.
    4.Tukar idea-idea yang ditemui dengan nilai murni
    5.Nyatakan 5 saja idea dan tidak lebih.
    6.Mesti menghurai idea berdasarkan idea dalam petikan
    7.Nilai nagetif dalam petikan boleh dipositifkan.
                  Contoh: Amin tidak suka bersukan  -  Menjaga kesihatan.
    8.Contoh pendahuluan:
        a.Berdasarkan petikan ialah,pengajaran yang diperolehi ialah....
        b.Antara nilai murni yang didapati ialah.....
        c.Sebagai seorang murid kita mestilah......
     9.Gunakan kata bantu untuk membina ayat ulasan:mestilah,mesti,harus,haruslah,seharusnya,patut,patutlah,sepatutnya,hendaklah,sewajarnya dan lain-lain lagi


10.Contoh nilai-nilai murni
Adil
Bantu-membantu
Berdisiplin
Belas kasihan
Mematuhi peraturan
Bermaaf-maafan
Bersabar
Bertindak pantas
Berusaha
Bergotong-royong
Hormati ibu bapa
Kasih-sayang
Bekerjasama
Membri salam
Hargai masa
Mengikut peraturan
Perpaduan
Ramah mesra
Simpati
Semangat kesukanan
Amanah
Rajin
Berani
Tabah
Berdikari
Tolong-menolong
Bertanggungjawab
Murah hati
Cekal
Tekun
Hormati guru
Kejujuran
Kesopanan
Menepati masa
Mengenang budi
Menjawab salam
Persaudaraan
Rasional
Sedia memaafkan
patriotik

Baik hati
Sayang
Bertanggungjawab
Semangat kejiranan
Berhati-hati
Toleransi
Berterima kasih
Berhati-hati
Gigih
Jimat
Ikhlas
Kebersihan
Kesyukuran
Kerajinan
Mengakui kesalahan
Merendah diri
Prihatin
Redha
Sopan
Taat ibu bapa
.


11. Bilangan perkataan antara 50 65 patah perkataan
12. Contoh soalan UPSR 2010

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu perolehi darpada petikan di bawah

Sahabatku Fadhil,
      Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran  Kelaab Bahasa Melayu sekolah saya.
      Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap detik yang dilalui,kami manfaatkan dengan mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri,  dan Pantai Pasir Hitam.Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machincang,Kami kagum akan keindahan alam semula jadi.Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.
      Semasa di Pantai Cenang,kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat guru tersebut.Lawatan seterusnya ke “Underwater World”,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan.Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan.
      Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu .Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.




13. Menyenaraikan semua idea yang diperolehi.
Nilai dalam teks(tersurat)
Nilai yang ditukar(tersirat)
Menceritakan pengalaman
Berkongsi pengalaman/idea
Setiap detik...kami manfaatkan
Menghargai masa
Mengunjungi.....tempata bersejarah
patriotisme
Kagum akan keindahan alam
Menghargai alam/bersyukur
Meminta kebenaran
Menghormati guru
berbaris
berdisiplin
Membeli....yang perlu sahaja
Bijak berbelanja/berjimat
Dipesan oleh ibu
Patuh/taat
Membeli cenderamata
Mengingati kawan/prihatin


14. Memilih lima idea yang dikehendaki dan membina ayat
      menghargai masa
      menghormati guru
      berdisiplin
      berjimat
      prihatin


15. Kembangkan idea mengikut petak lajur lima
Objek
Kata bantu
nilai
Kata hubung
huraian
Kita
patut
Menghargai masa
dengan
Melawat tempat bersejaran
Kita
mesti
Menghormati guru
dan
Mendengar nasihat
kita
mestilah
berdisiplin
dengan
beratur
kita
hendaklah
berjimat
dengan
Membeli barang-barang yang penting
kita
sepatutnya
prihatin
dengan
Membeli cenderamata




     
16.  Membina ayat ulasan

          Nilai yang diperoleh ialah kita patut menghargai masa dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti melawat dalam negara.Selain itu, kita mesti menghormati guru dan mendengar nasihat mereka agar kita sentiasa selamat.Seterusnya kita mestilah berdisiplin dengan beratur sebelum memasuki sesuatu tempat untuk mengelakkan kemalangan.Di samping itu kita hendaklah berjimat-cermat dengan hanya membeli barang-barang yang penting sahaja.Akhirnyai,kita sepatutnya prihatin terhadap kawan-kawan dan keluarga dengan membeli cenderamata kepada mereka sebagai tanda ingatan.

1 comments:

Anonymous said...

nice...... i like u because bahasa melayu nice

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger