Selamat berkunjung

Selamat datang ke halaman blog Cikgu Yati

About

Koleksi aneka jenis nasi dari Internet


Nasi beriani 


Bahan-Bahan:
2 camca besar minyak sapi
1 camca teh jintan manis
1 biji bawang besar, dihiris
225 gm beras Basmathi, dibasuh dan sejat
1 camca besar rempah kari daging
350 ml air panas
4 cm kulit kayu manis
50 gm kismis
8 biji pelaga, diketuk
½ camca teh serbuk kunyit
50 gm kepingan badam

Cara:
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. 
Tumis jintan manis dan bawang besar hingga perang. 
Masukkan beras dan rempah. Kacau sebati. 
Masukkan air kulit kayu manis, kismis, pelaga dan serbuk kunyit. 
Masak di atas api sederhana hingga air beras kering. 
Tutup periuk dan perlahankan api. Biarka hingga nasi betul-betul masak.
Apabila nasi masak hidangkan di dalam pinggan dan tabur kepingan badam.  

Nasi Arab


Bahan

1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air 500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam
Bahan 
tumis 5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
Panaskan minyak sapi dan minyak. 
Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi. 
Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. 
Kacau rata. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. 
Biarkan mendideh. 
Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa. 
Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. 
Tutup sebentar.
Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori 

Nasi Ayam


NASI

8 ulas bawang putih - kisar

4 inci halia - kisar

4 tin susu beras

4 tin sup ayam

2 helai daun pandan
majerin/butter
1 sudu kecil serbuk kunyit

CARA
1. Tumis bwg putih, halia dgn majerin.

2. Lepas naik bau, masukkan sup ayam,daun pandan, serbuk kunyit dan beras. Tunggu hingga masak.



SUP AYAM

1 ekor ayam dipotong ikut suka

2 inci halia

5 ulas bawang putih
1 inci kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 buah pelaga
2 cengkih
garam
air

Cara
1. Tumis halia dan bawang putih yang telas dihiris halus. 

2. Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan cengkih.
3. Masukkan ayam dan goreng selama 5 minit. 
4. Masukkan air dan garam secukup rasa. 
5. Biar masak dan simpan 4 tin sup ayam untuk digunakan untuk memasak nasi ayam. 
6. Keluarkan ayam untuk digoreng



SAMBAL CILI

10 tangkai cili merah

2 bawang putih

2 sudu besar air limau nipis
gula dan garam secukup rasa

Cara
Blend semua bahan

KICAP
200 gm hati dan pedal ayam
sedikit minyak
2 mangkuk kicap
gula secukup rasa

Cara memasak :
Goreng hati dan pedal ayam dan campurkan kicap dan gula

AYAM
Ayam yang telah dimasak sup ditoskan drp supnya
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap & 3 sudu besar sos lada hitam


Cara memasak :
Campurkan semua bahan, perap sebentar dan goreng ayam shingga berwarna keemasan


 Nasi ayam serai


NASI
Bahan-bahannya:
- serai 2 batang (diketuk)
- bawang putih 3 ulas (ditumbuk kasar)
- halia (1 inci) - stok nasi ayam Maggie ,5 camca
- 3 cawan beras
- marjerin
Cara-cara:
- basuh beras dan tambahkan air seperti biasa
- letak bahan yg disebutkan
- boleh diletakkan marjerin sikit samada ditumis terlebih dahulu atau terus letakkan sahaja dalam air.
- masakkan nasi

AYAM
Bahan-bahan: 
- ayam yg telah dipotong
- serai 2 batang (diketuk)
- halia (1 inci)
- oyster sauce
- kicap
Cara-cara: 
-bahan-bahan boleh diketuk sahaja atau dikisar halus
-perapkan ayam dengan bahan-bahan untuk satu jam atau lebih.
-gorengkannya.

KICAP
-kuahnya diambil dari perapan ayam tadi
-masakkan ia sebentar dan boleh ditambah kicap dan oyster sauce
-kalau cair tambahkan sedikit gandum.

CILI
Bahan-bahan:
- 5 cili merah
- 2 biji tomato
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- asam jawa (1 kepal)
- gula ( i camca)
Cara-cara:
-masukkan semua bahan dalam pengisar
-letakkan air panas dalam pengisar setakat yg dikehendaki
-setelah dikisar, boleh letakkan 1 camca sos cili untuk rasa yg lebih baik.

SUP 
Bahan-bahan:
- halia 1 inci
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- serai 1 atau 2 batang (diketuk)
- 3 camca stok nasi ayam maggie
- 1 batang kecil kulit kayu manis
- daun bawang (dihiris halus)
- bawang merah (dimayang)
Cara-cara:
- masukkan semua bahan dalam periuk
- sedikit minyak
- masukkan 3 camca stok nasi ayam maggie
- didihkan sehingga naik bau
- letakkan daun bawang dan bawang merah yg telah dimayang.
* hidangan untuk 5 orang ,masakan yg ringkas dan cepat, selamat mencuba!!



Nasi beriani ayam


Bahan-bahan: 

  • 4 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 30 minit dan toskan
  • 1 ekor ayam ~ potong kecil
  • 1 cawan yogurt
  • 3 biji bawang besar ~ dihiris
  • 2 biji tomato ~ potong dadu
  • 3 biji cili api (nk pedas tambah lagi) ~ cucuk dgn pisau pada bahagian tengah cili tersebut
  • 1 sudu kecil bawang putih yg dikisar halus
  • 1 sudu kecil halia yg dikisar halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil serbuk garam masala
  • 2 sudu besar rempah biryani
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kayu manis (dlm 2 inci)
  • 4 biji buah pelaga hijau
  • 2 biji buah pelaga hitam
  • 2 helai daun salam( bay leaves)
  • 1- 2 cawan bawang goreng
  • 1/2 cawan kismis
  • Secubit saffron ~ rendam dgn 1/2 cawan air panas atau susu panas
  • 1 cawan daun ketumbar yg dihiris (dlm resepi ni tak letak sbb stok dah abis)
  • 4 sudu minyak sapi
  • Garam dan gula secukup rasa (gula tu optional)



Cara penyediaan: 



Ayam: 

  1. Panaskan periuk dan tumis bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, daun salam dan bawang besar. Goreng sehingga kuning dan masukkan paste bawang putih dan halia.
  2. Masukkan rempah biryani, garam masalah, serbuk kunyit dan tomato. Masak sehingga terbit minyak, kemudian masukkan ayam, daun ketumbar dan yogurt.
  3. Masakkan sehingga ayam masak dan kuah agak pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa dan jika suka tambahkan sedikit gula. Matikan api dan ketepikan.



Nasi: 

  1. Didihkan air dan masukkan 1 helai daun salam, 1/2 sudu jintan manis dan 1 sudu minyak.
  2. Apabila air mendidih, masukkan beras dan masak selama 6-8 minit (sehingga menjadi nasi separuh masak). Nasi menjadi butiran yang lembut dan tidak keras.



Nasi Beriani: 

  1. Masukkan 1/3 bahagian nasi ke dalam periuk nasi elektrik dan ratakan. Taburkan bawang goreng, daun ketumbar, kismis, dan sedikit bancuhan saffron tadi ke beberapa bahagian nasi.
  2. Masukkan 1/2 bahagian ayam dan ratakan menutupi bahagian nasi.
  3. Masukkan pula 1/3 bahagian lagi nasi menutupi ayam dan lakukan keadah yg sama seperti no. 1 dan sudahkan dgn 1/2 bahagian ayam lagi yg tinggal.
  4. Akhir sekali masukkan lebihan nasi yg tinggal dan letakkan lebihan kuah ayam tadi ke atas nasi dan taburkan lebihan bawang goreng, daun ketumbar, kismis, bancuhan saffron.
  5. Tutup periuk dan tekan on periuk elektrik tersebut dan masak nasi sehingga masak (sekurang2nya 30 minit).
  6. Gemburkan/kacau nasi sebelum dihidangkan. Untuk hiasan taburkan dgn kismis, bawang goreng dan gajus.

Nasi Dagang Terengganu


Bahan-bahan :
1 cawan beras pulut 
3 cawan beras 
1 biji kelapa (ambil santan pekat) 
10 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih 
2 cm halia 
1 sudu kecil halba 
Cara: 
Beras dan pulut disatukan, cuci dan rendam semalaman
Panaskan kukusan dan kukus beras pulut sehingga masak. 
Angkat, gaulkan dengan santan yang telah dimasukkan garam. 
Gaul dengan bahan yang dimayang dan halba. 
Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak.
Angkat dan hidangkan. 


Nasi goreng ikan bilis


Bahan-bahan:
Nasi sejuk 
Cili padi 
Ikan bilis 
Bawang besar 
Bawang putih 
Sedikit garam 
Telur 

Cara-cara:
1) Tumbuk bawang,cili api dan ikan bilis (kasar-kasar) 
2) Panaskan minyak dan tumis gahan yg ditumbuk tadi hingga naik bau. 
3) Masukkan sedikit garam @ serbuk cukup rasa maggi 
4) Masukkan nasi dan goreng sebati 
5) Pecahkan telur dan goreng lagi. 
6) Siap untuk dimakan. 

Nasi goreng tomyam


Bahan-bahan :
250gm nasi putih
1 sudu besar cili blend
2 sudu besar pes tomyam
3 biji bawang merah ( Tumbuk )
2 biji bawang putih ( Tumbuk )
1 biji telur 
50gm isi ayam
1 batang serai dihiris halus
1 kuntum bunga kantan dihiris halus 
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Tumis bahan tumbuk, cili dan pes tomyam sehingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, serai dan bunga kantan dan tumis lagi sehingga ayam betul- betul masak
3. Masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati, pecahkan telur dan tunggu 2 minit baru gaulkan bersama nasi putih
4. Gaul nasi sehingga sebati dengan rencah tadi.
5. Siap untuk dihidangkan.Selamat mencuba! =) 

Nasi Harum Manis


BAHAN-BAHAN:
1kg beras wangi | cuci dan tuskan

1000 ml air

200 ml susu cair

5 sudu besar minyak jagung

5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris

100 gm halia | hiris

1/2 cawan isi jagung manis

1/2 cawan lobak merah | sagat

Sedikit rempah empat sekawan

Sedikit garam
2 helai daun pandan
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak jagung dan tumiskan bahan hiris. Setelah naik bau masukkan rempah empat sekawan dan kacau sebati.
2. Kemudian air, garam dan daun pandan. Biarkan mendidih, selepas itu barulah masukkan beras serta susu. Kacau sebati. Tanak seperti biasa.
3. Apabila hampir kering, baru masukkan jagung dan lobak. Tanak sehingga masak. Akhir sekali, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Nasi bunga rampai





Bahan-bahan:
1 tin susu beras
500 ml air
2 ulas bawang merahj
2 ulas bawang putih
2 sudu makan planta
3 sudu makan minyak sapi
1 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia
1 camca garam
2 camca gula
2 sudu makan susu cair
1 biji limau kasturi

Cara membuatnya:
1.   Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk halus
2.   Panaskan minyak sapi bersama planta, masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang
3.   Masukkan bahan bahan yang ditumbuk di dalam kuali dan tumis hingga wangi
4.   Masukkan air dan beras yang sudah dibasuh ke dalam periuk nasi bersama garam, gula, susu cair dan bahan tumisan tadi. Kacau rata-rata dan biarkan hingga mendidih dan kering.
5.   Setelah hampir masak, bahagikan nasi tadi kebeberapa bahagian dan titikkan beberapa jenis pewarna makanan utk menyerlahkan kepelbagaian warnanya contoh: Merah- Perasa Ros, Kuning-Perasa Pisang, Hijau-Perasa Pandan atau Putih-Warna asal nasi.


Bahan-bahannya:-
900 gm beras (basuh dan toskan)
2 biji kelapa parut
5 cm halia (dititik)
1 batang serai (dititik)
1 helai daun limau purut
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 biji telur (didadar)



Bahan Giling:-
2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam


Cara Membuatnya:-
Kelapa di perah ambil santan secukupnya untuk masak nasi. 
Masukkan rempah-rempah, daun limau purut, halia, serai serta bahan giling dan masak hingga mendidih. 
Masukkan beras dan masaklah hingga tanak nasinya. 
Taburkan telur dadar di atasnya bila menghidangkan. 


Nasi tomato



Bahan-bahan untuk membuat nasi tomato: 
1.Tomato (dicincang dadu) 
2.Tomato Puree (satu tin kecil) 
3.Halia (dikisar halus) 
4.Bawang Besar dipotong Dadu (2 Labu) 
5.Minyak Masak 
6.Marjerin 
7.Rempah Tumis 
8.8 pot Beras 
9.Sedikit Daun Pandan. 
10.Sedikit air 
11.Garam 
12.Serbuk Perasa 

Bahan-Bahan untuk Membuat Ayam Masak Merah Madu: 
1.Ayam yang telah digoreng. 
2.Halia (dikisar) 
3.Bawang Putih 1 Labu dan Bawang Merah 2 Labu dikisar bersama 
4.2 camca besar Madu 
5.Sos Tomato 
6.Cili kering dikisar 
7.Sedikit Minyak Masak 
8.Bawang Besar,Cili Hijau dan Cili Merah (sekadar hiasan) 
9.Garam 
10.Serbuk Perasa 
11.Gula 
12.Air 

Cara-Cara Memasak Nasi Tomato: 
1.Panaskan sedikit minyak masak di campur dengan Marjerin. 
2.Setelah panas,masukkan rempah tumis. 
2.Selepas itu,masukkan pula halia dan bawang besar sehingga naik bau. 
3.kemudian masukkan tomato yang dipotong dadu dan sedikit air bagi membolehkan tomato tadi sedikit hancur,garam dan sedikit serbuk perasa. 
4.Masukkan pula tomato puree. 
5.masak sampai pes untuk nasi tomato tadi sedikit hancur. 
6.setelah pes tadi kelihatan hancur masukkan pula beras yang telah dicuci ke dalam pes tadi. 
7.Masukkan pula air mengikut sukatan beras dan daun pandan. 
8.Tunggu Nasi Tomato tadi sehingga masak. 






1 comments:

Baby Daehyun said...

hmm~~yummy! sdapnye...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger