Selamat berkunjung

Selamat datang ke halaman blog Cikgu Yati

About

Koleksi Kerabu dari Internet


Kerabu sayuran


Bahan
10 tangkai kacang botol ]
2 kuntum bunga kantan ]
3 tangkai daun kesum ] hiris/mayang halus
10 pokok daun selom ]
5 tangkai cili merah ]
1 labu bawang besar ]
1 cawan taugeh
1/2 cawan kelapa [goreng ]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isinya]
garam
gula

Bahan Sambal
5 tangkai cil merah ]
5 tangkai cili api ] tumbuk halus
sedikit belacan ]
5 biji limau kasturi [ambil jus]

Cara
1. Gaulkan semua bahan sambal dengan kelapa, isi ikan, garam dan gula.
2. Masukkan sayuran s dan kacau supaya semua rata.
3. Rasakan masam dan masinnya.
4. Hidangkan.


Kerabu Pucuk Paku


Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

NOTA:
Taugeh tidak perlu direbus/celur supaya mendapatkan kerangupan sayur itu.

Kerabu perut


Bahan 
500 gm perut [rebus sehingga lembut dan hiris nipis kecil]
5 biji jus limau linpis
1 cawan taugeh [buangkan kakinya]
1 s/b sos ikan
garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
2 kuntum bunga kantan
5 tangkai kacang panjang
1 biji cili merah

Bahan Mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
3 ulas bawang merah

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya.
2. Hidangkan ngan nasi putih.

Kerabu jantung


Bahan
1 biji jantung pisang [rebus sehingga lembut dan hiris]
1 cawan daun ulam raja [hiris halus]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 s/b jus asam jawa secukupnya
1 s/k gula
Bahan Mesin
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
segengam ikan bilis
sedikit belacan [jika suka]
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.

Pucuk paku goreng budu


Bahan 
500 gm pucuk paku > potong dan bersihkan
3 urat kacang panjang ]
2 s/b minyak
2 s/b budu

Bahan Tumbuk
50 gm ikan bilis
5 tangkai cili merah
10 tangkai ciliapi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sayur pucuk paku dan budu. [jangan masukkan garam sbb budu dah masin]
3. Kacau rata dan tutup kuali sebentar.
4. hidangakn dalam pinggan bersama nasi putih.

Kobis goreng



Bahan
500 gm kobis manis
1 batang kecil carrot
100 gm isi ayam [hiri nipis]
3 uals bawang merah [hiris]
1 ulas bawang putih [hiris]
garam
minyak

Cara
1. Sayur dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih shingga wangi.
3. Masukkan ayam, kobis dan carrot. Kacau rata.
4. Rasakan garam.
5. Hidangkan.



Acar rampai



Bahan
1 batang timun
1 batang carrot
2 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1/2 cawan cuka tiruan
1 s/b gula
1 s/b biji sawi
garam
kunyit
1 s/k kapur [dibancuh ngan 1 liter air]

Bahan tumis [mayang]
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
minyak

Cara
1. Semua sayur dipotong kecil dan panjang.
2. Rendamkan dlam air kapur [supaya rangup].
3. Toskan sayuran supaya kering
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan biji sawi sehingga layu.
5. Masukkan cuka tiruan, garam, serbuk kunyit dan gula.
6. Bila mendideh masukkan sayuran dan kacau rata.
7. Bila nampak pekat boleh angkat dan hidangkan
.


Kerabu Taugeh Kerang Simple



Bahan-bahannya:
1kg kerang – rebus dan kopek ambil isinya
50 sen taugeh – celur sekejap je dalam air panas
1 biji bawang besar – mayang kasar
3 ulas bawang merah – mayang halus
Hirisan cili padi  – ikut suka nak pedas banyak mana
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar air asam jawa – bancuh dengan 1/2 cawan air
Garam /perasa

Cara-caranya:
Campur kesemua bahan diatas kecuali kerang dan taugeh.Bila dah gaul mesra baru masukkan taugeh dan kerang.Gaul lagi tambah perasa dan garam.Siap untuk dihidangkan dan makan bersama nasi jugak ikan masin tamban goreng.Mudah je kan, kerabu taugeh kerang ni memang simple je bahannya.







0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger