SURAT RASMI
Setiausaha,
Persatuan
Pengakap,
Sekolah
Kebangsaan Gong Pasir,
23000 Dungun,
Terengganu.
_________________________________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah
Kebangsaan Syukur,
23000 Dungun,
Terengganu. 2 Mac 2012
Tuan,
Memohon
Untuk Meminjam Khemah
Merujuk kepada
perkara di atas, sukacita dimaklumkan, Persatuan Pengakap sekolah ini akan
mengadakan perkhemahan di Pantai Rantau Abang selama tiga hari iaitu dari 23 Mac
2012 sehingga 25 Mac 2012.
2. Masalahnya sekolah kami kekurangan khemah.
Jadi, kami ingin meminjam tiga buah khemah daripada sekolah tuan bagi
memastikan tujuan ini dapat diteruskan.
3. Kami sangatlah berharap sekiranya pihak
tuan meluluskan permohonan ini. Kerjasama dan perhatian daripada tuan kami
ucapkan ribuan terima kasih dan secara tidak langsung dapat menjayakan hasrat
sekolah kami.
Sekian, terima
kasih.
Saya yang
menurut perintah,
Nurul Syasya
(NURUL
SYASYA BT ISMAIL)
Setiausaha,
Persatuan
Pengakap,
Sekolah
Kebangsaan Gong Pasir,
Dungun,
Terengganu.
SYARAHAN
Selamat pagi dan salam sejahtera
dan salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara Pengerusi Majlis, panel hakim
yang tetap berdiri di atas neraca keadilan, yamg berusaha Tuan Guru Besar,
guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian. Tajuk syarahan yang akan saya
sampaikan pada pagi yang penuh nostalgia ini ialah “Punca-punca Pencemaran Alam
Sekitar”.
Para
pendengar yang budiman,
Kita sebagai rakyat bumi
Malaysia berbesar hati melihat kemajuan yang dicapai oleh negara kita. Semakin
maju dan semakin membangun. Namun begitu, dalam ‘gah’ menuju kemodenan, tanpa
kita sedari alam sekitar terabai dan tercemar. Berikutan pertambahan bilangan
kenderaan mengakibatkan asap tebal bermaharaja di udara. Udara tidak lagi
bersih bertukar menjadi amat kotor. Selain itu, penebangan hutan secara tidak
terancang turut menjejaskan alam sekitar. Penebangan hutan ini boleh membawa
kepada masalah hakisan berikutan banyak pokok telah ditebang.
Pembakaran hutan dan sampah
secara terbuka merupakan satu lagi punca pencemaran alam sekitar. Asap tebal
menjadikan kawasan tersebut berjerebu dan akan menjejaskan kesihatan manusia
serta kehidupan flora dan fauna. Pembuangan sampah merata-rata menjadikan
pemandangan alam sekitar kotor dan tidak terurus sedangkan tong sampah
disediakan. Begitu juga dengan kilang-kilang yang mengeluarkan asap beracun ke
udara turut menjejaskan alam sekitar. Kilang-kilang ini turut membuang sisa
toksik ke dalam saliran seperti sungai. Natijahnya, sungai tersebut tersumbat,
kotor dan hidupannya mati.
Sidang
hadirin yang dihormati,
Kesimpulannya, pencemaran alam
sekitar ini harus dipandang serius kerana akan mengancam kesejahteraan hidup
manusia dan kestabilan ekologi. Langkah pencegahan dan pengawalan harus teliti
dan diambil bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar berlanjutan. Sebelum
mengundur diri, saya ingin memohon ampun dan maaf jika tersalah bicara.
Sekian, terima kasih.
PERBAHASAN
Yang Mulia Tuan Pengerusi
Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, pihak pembangkang dan para
hadirin sekalian. Saya selaku pihak pencadang menyokong sepenuhnya tajuk
syarahan yang diberikan iaitu “Permainan Tradisional Lebih Baik daripada
Permainan Masa Kini”.
Hadirin
yang saya muliakan,
Permainan tradisional mesti
diteruskan sampai bila-bila. Permainan tradisional inilah yang mencerminkan
asal-usul rumpun Melayu. Kita sebagai generasi baru tidak seharusnya memulaukan
permainan ini. Hakikatnya permainan tradisional ini dapat meningkatkan
kreativiti dan daya cipta tersendiri. Keseniannya itulah menjadikannya begitu
unik. Contohnya permainan gasing, layang-layang, congkak dan sebagainya. Cantik
dan halus buatannya. Tambahan pula, permainan tradisional tidak memerlukan
belanja yang mahal berbanding dengan permainan pada masa kini.
Kebanyakannya, permainan masa
kini menggunakan tenaga elektrik dan bateri. Untuk memilikinya juga mahal. Bagi
ibu bapa yang berpendapatan rendah, mereka tidak mampu membelinya untuk dihadiahkan
kepada anak mereka.
Selain itu, permainan
tradisional dapat merapatkan silaturrahim antara pemain kerana permainan ini
biasanya dimainkan secara berkumpulan. Berbeza dengan permainan masa kini yang
lebih bersifat individu. Contohnya permainan video, komputer dan sebagainya.
Sidang
hadirin yang dihormati,
Nampaknya masa mencemburui saya
untuk terus berhujah. Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa permainan tradisional
lebih baik daripada permainan masa kini. Sekian, terima kasih.
UCAPAN
Yang Mulia Tuan Prngerusi
Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar iaitu Encik Ahmad Tajuddin bin Abu
Bakar, guru-guru, ibu bapa dan kwan-kawan sekalian. Saya berterima kasih dan
rasa sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk menyampaikan sedikit ucapan di
majlis yang berbahagia ini.
Para
hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis penyampaian hadiah ini
sering diadakan pada setiap tahun. Ia diadakan untuk memberi dorongan supaya
para murid akan lebih berusaha untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Jadi,
saya ingin mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya. Semoga anda akan
berusaha lagi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Kejayaan murid pada
hari ini adalah kerana kegigihan dan kesabaran guru yang mendidik. Justeru itu,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang mendidik tanpa rasa
jemu. Jasa kalian terlalu tinggi nilainya.
Untuk itu saya menyeru kepada rakan-rakan supaya tekun
belajar. Ini kerana kejayaan anda itu juga akan menentukan mada depan anda.
Oleh itu, marilah kita semua berusaha dengan bersungguh-sungguh dan semoga
segala impian menjadi kenyataan.
Sebelum saya mengakiri ucapan
ini, saya ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan seandainya ada tersilap kata
dan terkasar bahasa. Kepada teman-teman seperjuangan, gandakan usaha anda.
Jadikan murid yang berjaya sebagai model anda.
Saya akhiri ucapan saya dengan
ucapan selamat maju jaya. Sekian, terima kasih.
CERAMAH
Assalamualaikum dan selamat
sejahtera. Yang Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah,
Encik Yusri Abdullah, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi. Tajuk ceramah
pada petang ini ialah “Faedah-faedah Mengumpul Setem”.
Hadirin
sekalian,
Mengumpul setem adalah hobi yang
menyeronokkan dan dapat menambah banyak pengetahuan dari pelbagai aspek. Salah
satunya dengan mengumpul setem
Laporan
Sebagai setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda dikehendaki menulis satu laporan
pertandingan bercerita yang telah diadakan.
Laporan Pertandingan Bercerita,Anjuran
Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Matang Bestari,Kuala Terengganu.
Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan
pertandingan bercerita.Pertandingan ini telah diadakan pada 7 Mac 2011 yang
bertempat di Dewan Fatima Al-Zahra iaitu dewan besar Sekolah Kebangsaan Matang
Bestari,Kuala Terengganu.Pertandingan ini mengambil masa 4 jam iaitu bermula jam 9.00 pagi dan
berakhir pada jam 1.00 tengah hari.
Tujuan pertandingan bercerita ini
diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid dan membentuk keyakinan serta
bersikap berani.Pertandingan ini disertai oleh 14 orang peserta yang terdiri
daripada tahap satu dan tahap dua.Bermakna terdapatnya dua kategori iaitu 7
orang kategori tahap satu dan 7 orang lagi untuk kategori tahap dua.Cerita yang
dipersembahkan oleh peserta ini telah ditetapkan tajuknya oleh guru
masing-masing. Cerita mereka berpandukan peribahasa yang membawa maksud
kegigihan.Hadiah merupakan sijil dan
baucer buku sumbangan Persatuan Bahasa Melayu ditawarkan.Hadiah tersebut
disampaikan oleh Tuan Guru Besar iaitu Tuan Haji Zahari b Mohd.Zain.
Pertandingan ini telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya dan berjalan dengan lancar.
Disediakan
oleh,
12.Mac 2011
azwin
(AZWIN BINTI BAKAR)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Matang
Bestari,.
Berita
Anda berpeluang mengikut bapa saudara anda menghabiskankan
cuti minggu di kampung datuk anda.Tuliskan diari pengalaman anda sehari suntuk
berada di kampung datuk anda itu dengan selengkapnya.
Ahad,6 Julai s011
7.30 pagi- Aku dan keluarga bapa saudaraku bertolak ke
kampung datuk dan nenek di Kampung Padang Kemunting.Datuk dan nenek gembira
menyambut kedatangan kami.Kami bersembang dengan datuk dan nenek.Selama ini
mereka kesunyian,tetapi pagi ini
kesunyian mereka terubat dengan kemunculan kami tanpa mereka duga.
9.00 pagi- Aku mengikut datuk ke sungai yang terletak di
belakang rumah.Datuk menunjukkan lukah-lukah yang dipasangnya bagi memerangkap
ikan air tawar kepadaku.Aku tertarik apabila melihat banyak ikan yang
terperangkap.Datuk mengeluarkan ikan-ikan yang terperangkap untuk dibawa
pulang.
11.00 pagi- Sesampai di rumah,aku
terus ke dapur menyuruh nenek masak
lemak cili padi.Masakan nenek tiada tandingannya.Tiba-tiba muncul bapa
saudaraku dengan membawa balik buah petai,jering dan kerdas.Melihatnya
membangkitkan seleraku yang tidak sabar-sabar menunggu waktu tengah hari.
12.30 pagi-Sajian makan tengah hari
telah siap.Kami semua menjamu selera makan tengah hari.Bukan main enak lagi
masakan kampung.Gulai lemak cili api,sayur pucuk paku,sambal belacan,jantung
pisang rebus dan ulam-ulaman.
3.00 petang- Bapa saudaraku
memanjat pokok rambutan untuk dibawa pulang ke kota.Buah rambutan ranum di
hadapan rumah datuk membuatkan aku tak berhenti mengunyak.Asyik makan
memanjang.
6.00 petang-Kami bertolak
pulang.Datuk dan nenek berasa sedih untuk melepaskan kami pergi.Aku bersalaman dengan datuk dan
nenek dan terus masuk ke dalam kereta.
Dialog
Kawan anda sudah tiga hari tidak
hadir ke sekolah.Anda menelefon kawan anda untuk mengetahui keadaan yang
sebenarnya.Tuliskan dialog antara anda berdua selengkapnya.
Tasya : Hello,boleh bercakap dengan Fatin?
Fatin : Fatin sedang bercakap. Ini siapa ?
Tasya : Ini Tasya.Awak apa khabar? sudah tiga hari
awak tidak hadir ke sekolah.
Fatin : Saya sudah beransur sihat.Sebenarnya saya diserang demam panas.
Tasya : Awak sudah berjumpa doktor?
Fatin : Sudah.Banyak betul doktor bagi saya
ubat.Menjadikan saya takut hendak
makannya.
Tasya :Awak tidak boleh buat begitu.Awak kena
habiskan ubat yang diberikan oleh doktor.Nanti
cepat sembuh.Awak juga kena
banyakkan rehat.
Fatin : Sudah letih saya berehat di rumah
ni,Tasya.Oh ya,tentu sudah banyak saya
ketinggalan
pelajaran yang diajar oleh
cikgu.
Tasya : Itu awak usahlah bimbang.Nanti kita boleh
ulang kaji bersama-sama.Saya akan sediakan
nota yang tertinggal tu untuk
awak.
Fatin : Terima kasih Tasya. Awak sungguh baik.
Tasya : Oh
ya,rakan-rakan sekelas kita semuanya berkirim salam dan berharap awak cepat
sembuh.Saya juga doakan awak
cepat sembuh dan dapat datang ke sekolah seperti
biasa.
Fatin : Terima kasih.Sampaikan salam saya buat
semua.
Tasya : Baiklah.
Berita
Sebagai seorang pemberita ,anda dikehendaki menulis berita
mengenai banjir yang melanda di pantai timur.Sediakan berita tersebut.
PASIR PUTIH,28 November- Banjir besar telah melanda
sebahagian besar daerah ini akibat hujan lebat yang disifatkan paling buruk
pernah berlaku sejak 15 tahun lalu.Tahun lepas banjir di daerah itu boleh juga
dikategori buruk tetapi tidaklah seburuk banjir pada kali ini.
Kawasan yang
terjejas teruk akibat dinaiki air ialah di sekitar Jalan Siam dengan paras air
melebihi satu meter.Keadaan yang sama turut berlaku di Jalan Semangat,Jalan
Sekolah, dan Jalan Kuala.Sebelum ini kawasan tersebut jarang dinaiki air.Jadi,kali
ini telah berlaku banjir yang teruk di kawasan tersebut.
Sementara itu
beberapa buah sekolah yang dinaiki air terpaksa ditutup.Sekolah-sekolah
tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (P) Pasir Puteh,Sekolah Kebangsaan (L) Pasir
Puteh,dan Sekolah Menengah Pasir Puteh.Menyebabkan persekolahan terpaksa
dihentikan buat seketika akibat banjir yang melanda teruk di kawasan itu.
Banjir tersebut
juga menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda di kawasan perumahan dan
premis-premis perniagaan.Banyak rumah yang tenggelam disebabkan
longkang-longkang di kawasan perumahan itu tersumbat.Dalam sekejap sahaja air
mula melimpah.
Ahli Dewan Undangan
Negeri Kawasan Pasir Puteh,Encik Arash Basir ketika dihubungi berkata,beliau
telah meminta kerjasama semua pihak dan unit bantuan banjir untuk bersiap sedia
bagi memindahkan penduduk setempat ke tempat yang lebih selamat sekiranya paras
air semakin meningkat.
Encik Aras Basir
juga menasihatkan para penduduk di kawasan itu agar tidak sesuka hati bermain
air tanpa mengira bahaya yang mungkin akan berlaku.Lebih-lebih lagi
kanak-kanak.Beliau menasihatkan supaya penduduk berhati-hati agar tidak akan
berlaku kejadian yang tidak diingini.
2 comments:
terima kasih kerana berkongsi contoh-contoh karangan :)
Sama-sama...kalau nak buat karangan berformat boleh tengok contoh di sini..ok..
Post a Comment