MODEL UPSR 1
Tulis lima pengajaran yang
dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu
mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Sarah
suka menonton televisyen selepas mengulang kaji pelajaran. Biasanya dia menonton
televisyen pada waktu malam bersama-sama dengan anggota keluarganya. Secara
tidak langsung, hubungannya dengan anggota keluarganya dapat dipererat.
Rancangan
televisyen yang gemar ditonton oleh Sarah ialah rancangan yang berunsurkan
pendidikan. Sebagai contoh, dia suka menonton rancangan berbentuk dokumentari
tentang alam semula jadi atau perlancongan. Menerusi rancangan tersebut, dia
dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Sarah
juga gemar berkongsi maklumat dengan rakan-rakannya. Dia akan menceritakan
rancangan yang ditontonnya kepada rakan-rakannya. Selepas menonton sesuatu
rancangan, Sarah akan menutup televisyen. Dia tidak akan membiarkan televisyen
terpasang tanpa ditonton. Dia juga tidak
akan menonton televisyen sehingga larut malam.
MODEL UPSR 2
Tulis lima pengajaran yang
dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu
mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Adli
duduk di bawah pokok. Dia membelek-belek keputusan peperiksaannya. Keputusan
yang diterimanya itu kurang memuaskan. Tentu ibu dan ayahnya berasa kecewa
apabila melihat keputusan peperiksaannya. Dia berasa malu kepada rakan baiknya,
Saiful. Walaupun Saiful hidup dalam serba kekurangan, namun dia cemerlang dalam
pelajaran.
Dia
tahu bahawa dia boleh berjaya. Namun begitu, dia malas hendak belajar. Setiap
hari masanya dihabiskan dengan bermain permainan video dan menonton televisyen.
Dia jarang-jarang mengulang kaji pelajaran. Dia sering membuat kerja rumah pada
saat-saat akhir. Kadang kala dia meniru kerja rumah Saiful.
Setelah
mendapat keputusan peperiksaan pertengahan tahun, dia berasa hampa. Peperiksaan
UPSR hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Dia sedar bahawa dia seharusnya
berubah sikap. Dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh.
Adli
terserempak dengan Saiful ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah. Dia
berasa malu. Saiful memujuknya agar tidak berasa kecewa. Saiful berjanji akan
membantu Adli dalam pelajaran. Adli bersetuju untuk belajar bersama-sama
Saiful. Saiful berasa amat gembira kerana Adli mahu berubah sikap.
Sejak
itu Adli belajar dengan tekun. Dia menghabiskan masa dengan belajar dan
mengulang kaji pelajaran. Saiful membantu Adli dalam mata pelajaran yang dia
lemah. Mereka sering berbincang tentang pelajaran bersama-sama. Akhirnya berkat
usaha yang gigih dan semangat yang tinggi, Adli berjaya memperoleh 5A dalam
peperiksaan UPSR. Ibu bapanya berasa amat bangga dengannya.
MODEL UPSR 3
MODEL UPSR 3
Tulis lima pengajaran yang
dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu
mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Pagi-pagi
lagi kami bangun. Ibu sibuk menyediakan bekalan. Aku dan kakak membantu ibu
memasukkan bekalan ke dalam bakul. Ayah pula memasukkan barang ke dalam kereta.
Hari ini kamu sekeluarga hendak berkelah di Teluk Batik.
Ayah
memandu kereta dengan berhati-hati kerana banyak kenderaan di jalan raya ketika
itu. Kami tiba di Teluk Batik pada pukul 10.00 pagi. Kami pun meletakkan
barang-barang di bawah pokok yang redup. Aku dan kakak pun menyalin pakaian
lalu ke pantai untuk mandi. Ibu mengingatkan kami agar berhati-hati kerana
ombak kuat ketika itu. Aku dan kakak pun bermain-main air di tepi pantai. Orang
ramai sedang bermandi-manda.
“Kakak,
mari kita mandi di tengah lah..nampak seronok sahaja,” kata aku kepada kakak.
“Tak
usahlah. Bahaya. Lagipun kamu tidak tahu berenang,” kata kakak.
Ketika
itu aku sudah ke tengah tanpa menghiraukan larangan kakak. Aku pun terus mandi
di situ. Tiba-tiba ombak datang dengan kuat. Aku berasa sukar untuk bernafas.
Aku terkapai-kapai di bawa air. Aku menjerit untuk meminta pertolongan tetapi
suaraku tidak keluar.
Tiba-tiba
aku berasa badanku ditarik orang. Rupa-rupanya ada seorang lelaki telah
menyelamatkan aku. Kakak mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.
“Kakak
sudah larang kamu jangan ke tengah. Kita mandi di tepi sahaja. Kamu degil,”
kata kakak.
Aku
segera meminta maaf kepada kakak. Ibu dan ayah segera mendapatkan kami. Ibu dan
ayah bersyukur kerana aku terselamat. Aku berasa kesal akan tindakan aku itu.
Kejadian yang berlaku itu merupakan suatu pengajaran kepada aku.
MODEL UPSR 4
Tulis lima pengajaran yang
dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu
mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Lee Meng : Muka kamu pucat dan lesu sahaja. Kamu sihatkah Erina?
Erina : Sudah beberapa kali saya ke tandas. Kepala
saya sakit dan muntah-muntah.
Lee Meng : Masa di kelas kamu asyik keluar sahaja. Saya ingat kamu
ada masalah lain.
Erina : Saya muntah-muntah dan cirit-birit. Perut saya
memulas-mulas.
Lee Meng : Kamu minum air masak ini. Biarlah saya picit kepala
kamu. Kamu makan apa pagi tadi?
Erina : Tadi saya beli bihun goreng dari gerai Pak
Abu. Saya tidak sempat sarapan di rumah. Jadi, saya singgah di gerai Pak Abu. Saya
sarapan di gerainya.
Lee Meng : Saya rasa kamu keracunan makanan. Mengapa kamu makan di
gerai Pak Abu? Gerainya kotor. Makanan yang dijualnya
terdedah dan ditutup.
Erina : Pagi tadi saya lapar. Selalunya saya sarapan
di rumah. Hari ini ibu saya tidak sempat untuk menyediakannya.
Lee Meng : Saya tengok keadaan kamu teruklah. Biarlah saya
memberitahu Cikgu Normah. Nanti dia boleh hantar kamu ke klinik. Nanti
kalau dibiarkan, keadaan kamu akan melarat.
Erina : Oh ya, bolehkah kamu menelefon ibu saya? Kamu
beritahunya tentang keadaan saya. Suruh ibu saya tunggu di hospital.
Lee Meng : Baiklah. Saya akan berjumpa dengan Cikgu Normah untuk
memaklumkan hal ini. Kemudian, saya akan menelefon ibu kamu. Kamu
jangan ke mana-mana. Kamu duduk di sini kerana saya khuatir kamu akan
jatuh nanti. Lagipun, kamu sudah lemah dan tidak berdaya untuk berjalan.
Lee Meng : Baiklah. Terima kasih, Lee Meng.
MODEL UPSR 5
Tulis lima pengajaran yang
dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu mestilah
tidak
lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Sedap
sungguh air strawberi,
Sambil
minum makan laksa,
Hendaklah
jaga kebersihan diri,
Menjadi
tumpuan setiap masa.
Sungguh
cantik bunga kiambang,
Merimbun
hijau daun pandan,
Sentiasalah
makan makanan seimbang,
Agar
kita sihat tubuh badan.
Pergi
berguru ke Pulau Bernam,
Pergi
dengan menaiki rakit,
Hendaklah
kita rajin bersenam,
Agar
terhindar sebarang penyakit.
Kalau
pergi ke pekan,
Jangan
lupa belikan laksa,
Berfikiran
positif perlu diamalkan,
Jangan
sesekali berputus asa.
MODEL UPSR 6
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu
peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak
lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Balan
pun membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya. Namun begitu, dia tidak
dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Fikirannya tertumpu kepada
keseronokan mandi di bekas lombong. Ibu bapanya sering mengingatkannya agar
jangan pergi ke bekas lombong itu.
Hari
ini dia nekad untuk ke sana. Ajakan Hock Sheng untuk mandi di bekas lombong
pada petang itu menyebabkan dia tidak sabar-sabar
0 comments:
Post a Comment